Mencari Cinta II

Posted by: nurraudha on: May 16, 2008

Penangan Ayat Ayat Cinta ternyata memberikan impak yang luarbiasa dalam kuasa sesebuah cerita yang mudah diadaptasikan dalam kehidupan seharian.  Yang jelas, ramai teman teman dan keluarga tidak terlepas dari menitis air mata sejurus keluar dari panggung.

Bagi yang belum menonton, barangkali masih musykil dengan kuasa sembrani filem ini hingga ramai yang teruja untuk menonton berkali kali.  Saya tidak terlepas dari itu, bahkan hati saya masih mudah menjurus ke arah watak yang sangat memberi kesan selain lagu tema yang masih terngiang ngiang hingga kini. 

Biarpun dalam keterbatasan waktu, sebenarnya kita punya banyak ruang yang belum tentu diisi dengan cukup sempurna, tetapi filem ini juga yang berjaya menceduk banyak mesej duniawi dan ukhrawi dengan cara yang berhikmah. Apa yang lebih menyenangkan ialah, tiada siapa bisa menduga sedetik itu hati mudah terpaut dengan setiap bait kata terungkai di dalam penulisan skrip tentang keindahan Islam. 

Terus terang, taaruf merupakan sesuatu yang baru saya kenali menerusi filem ini.  Lantas terfikir, siapa di abad ini sanggup melakukan taaruf sebelum menjalini ikatan pernikahan.  Berkenalan bertahun tahun pun belum tentu kita tahu segenap isihati pasangan, apatah lagi sekejap cuma.  Betapa kita insan yang sering saja banyak soalan bersarang di hati, namun Tuhan sajalah yang mengetahui segala di luar jangkauan minda.  Andai jodoh itu hadir, bermakna Dia yang maha mengetahui itu adalah waktu yang sesuai bagi kita.  Andai sebaliknya, barangkali kita belum lagi bersedia untuk menerima. Mungkin ada perkara lain yang lebih wajar diberi perhatian.  Ditunda sesuatu bukanlah menjadi urusan kita sebagai manusia.  Dia  akan sentiasa memberi bila mana kita perlu dan akan menariknya semula, segalanya untuk kebaikan.  Walhal, Tuhan sentiasa saja memberi dan kita sering saja menerima.  Nikmat sempat, nikmat sihat, nikmat penglihatan, nikmat pendengaran dan apa yang kita beri tidak pula setimpal apa yang kita terima.

Bukan mudah untuk menyampaikan isu yang sensitif namun ini semua dapat digarap dalam ramuan yang cukup citarasanya.  Yang manis bertambah manis, yang pahit itu bila ditambah sedikit sabar menjadi manis bilamana manusia dapat menilai.  Besar harapan saya agar erti syukur dan redha itu akan menjadi tunggak utama dalam mengendalikan hati; dalam erti yang sebenar benarnya. 

Kita semua masih lagi menimba ilmu.  Tiadalah erti ilmu itu kalau segala sudah sempurna.  Jodoh itu akan ada waktunya kelak.  Sungguh, saya yakin yang terbaik menanti bagi yang masih belum menemuinya, termasuk lah juga diri sendiri.

Comment Form

 

May 2008
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Blog Stats

  • 9,244 hits

WHAT'S ON LATELY?


PREMIERING 8 Oct
Dol & Minah Nak Kahwin
Suria TV12
Starring Aaron Aziz, Jasmin Hamid, Shah Iskandar, Nurul Aini and more!
http://doldanminahnakkahwin.wordpress.com