Posted by: nurraudha on: March 26, 2008
(An article I wrote that never got published)
MENCARI CINTA
Dari : Nur Raudha Ismail
Dalam kesibukkan melakar rencana untuk menyimpan wang yang bergunung ganang akhir akhir ni (lebih lebih lagi selepas wang ‘progress package’ menghuni akaun bank), makin banyak pula berita perkahwinan yang saya terima dari teman teman lama. Maka, timbul juga tekanan yang sungguh saya tak mampu nak dielakkan. Yang nyata, ramai yang masih kurang tahu betapa saya teramat gerun bila tiap kali menerima kad undangan atau diajukan soalan soalan cepu-cemas dari orang ramai.
“Jangan lupa datang majlis aku! Kau bila?”
Ok, saya nak buat pengakuan besar besaran.
Jujur ya, hingga ke saat ini, saya belum pernah menghadirkan diri untuk sebarang majlis perkahwinan teman teman sebab saya rasa kurang selesa. Kedua, saya belum ada partner untuk dibawa. (Anuar Zain dan Marcell selalu tak free untuk ikut bersama. Hah! Sungguh saya tipu). Ketiga, saya kurang senang kalau terpaksa berdepan dengan soalan soalan yang cukup menggerunkan. Bukannya sombong atau tak sudi, tapi saya sungguh sungguh mengharapkan orang ramai lebih peka, eh tak, lebih sensitif dengan isu isu Single dan Jodoh ni.
Mencari Cinta dalam konteks kehidupan Singapura ni teramatlah sukar dengan ramai yang masih sibuk memburu wang untuk jangka masa panjang, hingga terlupa untuk lebih memikirkan tentang usia yang semakin meningkat. Saya pun tergolong dalam kategori ni jugak-lah. Justeru itu, penting kadang kala untuk mengingatkan diri sendiri untuk sedikit relaks dalam menangani tugas seharian. Makanya, mungkin juga saya sering ditemukan dengan orang orang dari luar negara sendiri. Halaman orang nampak berseri? Chewah!
TANDA TANDA NUPTIALPHOBIA
1. Anda sering timbul rasa risau tiap kali terima kad undangan dari teman teman sambil terfikir, “Bilalah waktu aku pulak?”
2. Anda mula stress tentang apa nak dipakai, siapa nak diajak untuk majlis perkahwinan teman teman
3. Anda takut kalau kalau bertemu dengan jejaka hot di sekolah dulu yang pernah anda suka, dan mendapati dia sudah berkahwin dan mempunyai 6 orang anak!
4. Anda cuba mengelak dari disoal “Bila kau nak kahwin?”
5. Akhirnya, anda memutuskan untuk tak datang langsung majlis perkahwinan teman teman.
Saya pun tak sanggup terpaksa menahan telinga dan perasaaan dengan lagu lagu jiwa retak rok kapak dalam majlis perkahwinan yang cukup indah. Dah pernah bayangkan majlis gemilang anda dengan rentetan lagu “Pelamin Anganku Musnah?” atau “Sejarah Cinta Luka?” Dah, jangan pernah cuba bayangkan pun!
Isu jodoh dan takdir memang sering dikaitkan tapi ramai yang kurang sedar bahawa setiap pertemuan itu pasti tersirat dengan segala maksud. Ditakdirkan untuk bertemu dan dijodohkan untuk bertemu ternyata berbeza.
Saya turut tak terlepas dari perasaan gerun dan risau dalam memikirkan tentang jodoh. Yang lebih merumitkan ialah mengenangkan faktor usia yang bakal mencecah 30 dalam 5 tahun lagi. Dalam meniti usia, tipulah kalau saya katakan yang saya tak pernah langsung bertemu dengan seseorang yang membuat hati terpaut. Adalah juga, tapi persoalan “Is he the One?” semakin pupus bila mana perkahwinan sekarang tampak begitu mudah dengan ramai yang berkahwin pada usia yang terlalu muda. Is he REALLY the one?
Ada juga yang berkahwinan bukan dengan pilihan sendiri, ada juga yang merasakan perkahwinan itu sesuatu yang sukar untuk diterima. Penceraian dari perkahwinan yang indah juga dipandang sebagai sesuatu yang memalukan. Nyata ramai masih kurang sedia menerima semua itu sebagai realiti nyata kehidupan.
Jauh dari statement unggul “Alah, dah jodoh!”, kini dah tiba masanya kita terima perkahwinan itu sebagai sesuatu yang lebih bersifat suci, tulus dan indah – bernikah dengan orang yang tercinta dan yang membuka pintu hati anda untuk saling mencinta (wah, indah!)
Jauh di sudut hati, kita semua tahu dan yakin bakal bertemu dengan seseorang yang bakal menjadi pemilik hati. Walau siapa pun jodoh yang bakal bertapak di hati, yang saya tahu, cinta yang saya cari tu dah ditemui.
Untuk yang bakal berkahwin, teruskan dengan niat murni anda untuk melayari bahtera rumahtangga. Buat yang masih ragu untuk menerima cinta baru, semoga anda terbuka pintu hati untuk menerima keindahan cinta. Buat yang sedang dilamun cinta, semoga cinta itu menjadi milik anda yang abadi. Untuk yang masih mencari cinta, semoga bertemu di gerbang bahagia.
Jangan pernah putus dalam mencari cinta.
Yuk kahwin yuk!
Recent Comments